Welcome Message

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberikan sedikit kelegaan masa untuk saya menghasilkan blog yang serba sederhana ini. Kehadiran saya yang kerdil dalam dunia blog ini mugkin tidak disedari sesiapa, namun kemudahan ini saya gunakan untuk berkongsi, berbincang dan mendapat ilmu berkenaan beberapa perkara dalam muamalat Islam terutamanya berkenaan dengan Takaful. Diharap kita sama-sama mendapat manfaat dari blog ini.Terima kasih sekali lagi atas kunjungan anda.

Ahad, 11 Julai 2010

Takaful.. nantilah aku fikir dulu...

"Takaful... nantilah aku fikir dulu... " Ini adalah jawapan "standard" apabila ditanya atau dicadangkan untuk seseorang tu menyertai takaful. Percaya atau tidak itulah jawapannya sejak tahun lepas... perlukah fikir sebegitu lama untuk suatu kebaikan masa depan diri dan keluarga? Tapi tak apalah.. teruskanlah fikir kerana hanya bab nak sertai takaful je yang nak kena fikir banyak. Kalau rokok habis tak payah fikir terus ke kedai beli, kalau astro kena potong terus je bayar cepat2. Itu lebih penting dari masa depan diri dan keluarganya.
Mungkin jawapan akhir yang akan didapati ialah "aku akan jadi papa kedana sebab simpan RM 50 sebulan dalam takaful...."

Dari sehari ke seminggu, dari seminggu ke sebulan, dari sebulan ke setahun... belum habis fikir lagi... jadi teruskan lah fikir... fikir- fikirkanlah.

Ingatan tulus ikhlas daripada,
Khairil Anuar
019-4716908
khairil.biz@gmail.com
Etiqa Takaful Bhd

Rabu, 17 Mac 2010

Takaful Satu Keperluan


Di Mana Pertimbangan kita?

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah dengan sedikit kelegaan masa ini. Saya ambil peluang untuk coret sikit-sikit apa yang berkisar difikiran ni. Maaf lah jika tulisan ini tak sebaik orang lain. Tapi demi ingin menyumbangkan sesuatu kepada saudara mara seagama dan sebangsa saya yang saya sayangi, saya coret jugak walau tak sempurna mana.

Kita seringkali melihat di dada akhbar dan ‘TV plasma’ kita tentang kisah-kisah penderitaan dan kemelaratan insan- insan dalam masyarakat kita dalam program bersamamu dan lain-lain. Siapa golongan mereka itu? Kebanyakkan adalah sebangsa dan seagama dengan saya iaitu Melayu beragama Islam. Saya terfikir jugak kenapa saudara seagama saya yang banyak hidup dalam keadaan macamtu. Bangsa lain tak ada yang hidup susah dan melarat ke?

Tapi bila dilihat apa yang menjadi punca kemelaratan itu kebanyakkannya disebabkan hilang punca pendapatan keluarga. Ya memang benar itulah sebabnya.

“Sejak bila dan bagaimana boleh jadi macamni makcik?” Pengacara bersamamu tv3 bertanya..

“Sejak suami makcik kemalangan 2 tahun lalu, suami makcik kehilangan dua belah kaki dan lumpuh dia tak dapat lagi bekerja. Makcik pun tak dapat bekerja pasal sakit.” jawab makcik itu dengan wajah sayu.

Terpikir saya lagi, musibah ni pilih bulu ke? Tak jadi kat bangsa lain ke?

Suatu hari saya dapat jawapannya melalui seorang lelaki cina di kampung waktu dok sembang-sembang dengan dia. Dia bekerja sebagai wakil insuran.

“ You tau ka… I kalau jumpa 10 orang cina, 9 orang sudah ambil insuran.. kalau I jumpa 10 orang Melayu, baru 1 orang saja yang sudah ambil insuran…itu pun perlindungan hanya lebih kurang RM30 ribu saja…” Itu lebih kurang antara dialog yg dia ucap.

So itu lah jawapan yang menjawab persoalan saya sebelum ni. Jadi apa yang menjadi persoalan saya sebelum ni bukanlah soalan yang rumit sangat. Sebenarnya musibah tak memilih bulu, ia boleh berlaku pada sesiapa pon tak kira bangsa atau agama. Orang cina, India dan lain-lain pun tak terkecuali. Tapi apa yang membezakan ialah bagaimana kita meyerap impak musibah tersebut dan bagaimana kita mempersediakan diri mengahdapi kemungkinan itu.

Orang- cina terutamanya mempunyai kesedaran lebih tinggi dalam mempersediakan diri, keluarga, asset dan perniagaan mereka terhadap sebarang kemugkinan musibah. Saya melihat mereka terlebih dahulu mempraktikkan apa yang pesan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

“…ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.. lapang sebelum sesak,kaya sebelum miskin,muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati….” (au kamaqal).

Dan juga “Tinggalkan anak dan isteri didalam keadaan berada, lebih baik dari tinggalkan mereka didalam keadaan meminta minta” (au kamaqal)

Siapa antara kita rasa musibah mustahil berlaku pada kita? Siapa antara mereka yang telah dan sedang ditimpa musibah mintak untuk ditakdirkan begitu? Kita tak mintak untuk ditimpa musibah, dan bukanlah duit pampasan yang dikejarkan. Tapi hakikatnya kita tak terkecuali dari kemungkinan itu dan jika berlaku tak dapat kita nafikan kita memang memerlukan wang untuk meneruskan hidup. Jika kita mati pun, waris dibawah tanggungan kita juga perlu meneruskan hidup.

Bagi sesetengah orang mungkin berkata “ buat apa aku amik takaful.. nanti mati bukan aku dapat rasa duit tu pun…”

Bagi saya jawapan beginilah yang mencipta situasi yang kita lihat hari ini. Orang begini hanya layak tinggal di hutan… tak terfikirkah dia. kalau dia kemalangan mati satu hal.. tapi kalau tak mati… tapi tangan dah kudung, kaki kena potong… mata buta atau lumpuh. Makan minum terpaksa disuap…kencing berak tpaksa diruskan orang lain… jadi bangkai bernyawa atau biawak hidup hingga lah nyawa dicabut… duit ASB habis dikeluarkan untuk berubat… dah tak boleh berkerja…. Hilanglah punca pendapatan… mengaharapkan belas ihsan orang lain…menyalahkan orang lain yang tak mahu membantu kita sedangkan kita sendiri tak mahu membantu diri sendiri… mahukah kita mengheret keluarga yang sangat kita sanyangi dalam bebanan tersebut, itu pun jika ada yang sudi….mahukah kita jadi begitu?

Akibatnya anak-anak bangsa melarat dalam kemiskinan. Realiti hidup ini sekarang yang mendesak untuk meletakkan diri dalam keadaan keselesaan kewangan. Tak mustahil mendorong anak- anak dan isteri yang kesempitan terjebak dalam mendapatkan wang melalui cara yang haram. Maka penyakit sosial membarah dan bernanah tak berkesudahan.

Bukanlah saya fatwakan wajib meninggalkan ‘kekayaan’ kapada waris kita tapi sekurang kurangnya ‘bekalan’ demi survival waris yang kita tinggalkan sehingga mereka mampu berdikari. Jika RM50 sebulan untuk diri sendiri dan keluarga kita perlukan bertahun untuk fikir nak ambil takaful atau tidak, sedangkan RM 98 untuk Astro tak perlu pun berfikir panjang… pagi kena potong… petang dah bayar siap call suruh sambung balik Astro demi perlawanan MU tengah malam tu.

Bila kita lihat bangsa2 lain keadaan ekonomi mereka sangat baik… kita mula berfikiran secara racist... dan buat tanggapan kurang bijak..

Cina takpelah depa kaya, mati tinggal duit banyak kat anak depa… tu pasai anak depa boleh bukak kedai meniaga…so depa tak melaratlah..” Antara kata-kata setengah orang dari kita.

Tapi tak terpikirkah kita kekayaan dan harta yang ditinggalkan mereka pada waris mereka bukannya jatuh bedebuk dari langit.. itulah hasil perancangan kewangan dan persediaan mak ayah mereka masa dulu. Apa yang nak ditinggalkan pada anak cucu mereka.
Jika kita masih berfikiran kolot dan racist, dapat mengubah tahap sosio ekonomi umat Islamkah? Bergebang sana sini memainkan isu itu ini..sanggup menghunus keris bertikam hingga ke titisan darah terakhir demi membela agama dan bangsa lagaknya… janganlah cakap bohong begitu jika kita nak belanjakan RM50 sebulan dalam takaful untuk mengubah sosio ekonomi anak isteri sendiri pon tak sanggup.

Kebulurankah kita jika blanjakan RM50 sebulan dalam takaful untuk diri sendiri dan anak isteri tercinta?
Ingatlah, survival anak cucu kita akan datang bermula dengan persediaan dan keputusan penting kita hari ini…Sama- samalah kita fikirkan… Wallahualam…

Ikhlas daripada,
Khairil Anuar
019-4716908
khairil.biz@gmail.com
Etiqa Takaful